Facebook Kemas Kini Tetapan Halang Kebocoran Data

Foto Sumber: Vietnam Investment Review

GLOBAL: Bagi mengatasi isu kebocoran data peribadi pengguna laman media sosial, Facebook kini memperkenalkan alat dan tetapan privasi baharu bagi membolehkan pengguna mengawal bagaimana maklumat dikongsi.

REUTERS melaporkan ciri-ciri baharu itu susulan kritikan hebat terhadap gergasi media sosial itu selepas ia mendedahkan bahawa data peribadi hampir 50 juta pengguna digunakan oleh sebuah syarikat British yang dikaitkan dengan kempen Presiden Donald Trump pada 2016.

Facebook maklum bahawa ia perlu melakukan lebih banyak perkara bagi memastikan orang ramai mengetahuinya namun berkata perubahan itu "telah melalui kerja-kerja untuk beberapa ketika."

"Kami mendengar dengan jelas bahawa tetapan privasi dan alat penting lain sukar dicari," kata Ketua Pegawai Privasi, Erin Egan dan Timbalan Peguam Am, Ashlie Beringer dalam catatan blognya.

"Kami mengambil langkah tambahan dalam tempoh beberapa minggu lagi untuk membenarkan pengguna mengawal privasi mereka."

BACA: Kebocoran Data: Pengguna Facebook Boleh Dapat Hampir RM70,000!

Akses Lebih Mudah Pengguna

Kemas kini itu termasuk akses yang lebih mudah ke tetapan pengguna Facebook untuk mencari, memuat turun dan memadan data peribadi yang disimpan di laman web itu yang turut digunakan oleh dua bilion pengguna.

Facebook berkata, menu pintasan privasi baharu itu akan membolehkan pengguna meningkatkan keselamatan akaun dengan cepat, mengurus siapa yang dapat melihat maklumat dan aktiviti mereka di laman web dan mengawal iklan yang dilihat.

Polisi data dan syarat perkhidmatan Facebook dikemas kini untuk meningkatkan ketelusan mengenai bagaimana laman web mengumpul dan menggunakan maklumat, menurut Beringer dan Egan.

Rangkaian sosial itu berkata, ia juga menutup 'Kategori Rakan Kongsi', satu ciri yang membolehkan sasaran iklan yang lebih tepat dengan menggabungkan maklumat dari Facebook dengan data yang ditetapkan oleh syarikat luar seperti Experian dan Acxiom.

Awal bulan ini, Christopher Wylie mendedahkan syarikat perundingan politik Cambridge Analytica memperoleh maklumat 50 juta pengguna Facebook menerusi aplikasi ramalan personaliti penyelidik akademik.

Aplikasi ini dimuat turun oleh 270,000 orang, namun ia juga turut mencuri data rakan tanpe persetujuan - seperti yang digariskan di bawah peraturan Facebook pada masa itu. 


SUMBER:
1. REUTERS

Kebocoran Data: Pengguna Facebook Boleh Dapat Hampir RM70,000!

Foto Sumber: Shanghai Daily

GLOBAL: Berita dakwaan berkenaan firma perunding data Britain, Cambridge Analytica pernah campur tangan dalam beberapa pilihan raya di beberapa buah negara memang mengejutkan.

Lebih menggemparkan dunia apabila Cambridge Analytica (CA) dilaporkan membentuk profil psikologi 50 juta pengguna Facebook menggunakan satu aplikasi yang dibangunkan oleh penyelidik Aleksandr Kogan bagi membuat jangkaan personaliti pengguna media sosial.

Ekoran pendedahan itu, FACEBOOK diselar orang ramai setelah satu pendedahan dibuat mengenai Cambridge Analytica yang didakwa menyimpan data pengguna laman sosial itu.

Menurut professor perundangan, Maureen Mapp, terdapat lebih 50 juta pengguna yang datanya sudah dicuri.

"Kalau mereka membuat tuntutan ganti rugi atas pencerobohan data itu, setiap seorang mungkin akan memperolehi £12,500 (RM68,088) sebagai pampasan," katanya kepada The Sun.

Peguam perlindungan data, David Barda pula berpendapat setiap pengguna terlibat mungkin akan menerima ganti rugi maksimum £500 (RM2,723) setiap seorang.

Menurut Barda, jumlah bayaran pampasan bergantung kepada tahap kesulitan yang dihadapi.

"Tapi paling kurang pun mereka akan dapat £500 (RM2,723) dari pihak Facebook jika mereka dapat membuktikan kesulitan atau kerugian yang dihadapi selepas pencerobohan data itu," katanya.

Ini berikutan pengguna perlu membuktikan kesengsaraan yang dihadapi akibat pencerobohan itu bagi membolehkan kes mereka dikendalikan di bawah Akta Perlindungan Data.

Mark Zukerberg Mohon Maaf

Dalam pada itu, pengasas Facebook, Mark Zuckerberg telah membuat permohonan maaf berhubung pengendalian data pengguna laman sosial itu.

Cambridge Analytica juga kini sedang disiasat oleh Pejabat Suruhanjaya Maklumat United Kingdom kerana didakwa menerima data lebih 50 juta pengguna dari Facebook.

Cambridge Analytica merupakan firma rundingan politik British yang sebelum ini turut dikatakan bekerja untuk kempen politik Donald Trump di Amerika Syarikat.

Kami bertanggungjawab melindungi data pengguna, dan jika kami gagal, kami tidak layak untuk melayani pengguna,” kata Zuckerberg yang pertama kali membuat kenyataan berhubung skandal pencurian data pengguna Facebook oleh syarikat British yang mempunyai kaitan dengan kempen pilihan raya Presiden Donald Trump pada 2016.

Zuckerberg mengumumkan langkah terbaharu bagi menangani ketirisan data daripada pembangun dan aplikasi pihak ketiga dengan memberi pilihan yang lebih untuk pengguna mengawal maklumat pribadi masing-masing.

"Ini perbuatan pecah amanah dan saya memohon maaf kerana ia telah terjadi,” kata Zuckerberg dalam wawancara dengan CNN.

FACEBOOK Kerugian RM232.41 Bilion

Ekoran skandal menggegarkan dunia itu, Facebook mengalami kerugian dalam penurunan sahamnya berjumlah lebih $60 bilion (RM232.41 bilion) dalam jangka masa seminggu selepas kempen #DeleteFacebook dilancarkan. 

Terbaru, Facebook juga disahkan mengutip data pengguna Android meliputi SMS, senarai pangilan dan tempoh panggilan dibuat sejak beberapa tahun lalu.

Segalanya terbongkar apabila aktiviti Facebook ini diketahui pengguna di laman Twitter ini selepas skeptikal dengan platform media sosial ini. Berdasarkan tweet yang dikeluarkan, dikatakan Facebook telah menjejak segala aktiviti yang dibuat lelaki ini sejak beberapa bulan yang lalu.

Berdasarkan maklumbalas daripada salah seorang pekerja Facebook, tujuan Facebook menyimpan data pengguna ini untuk memudahkan pengguna berhubung antara satu sama dengan yang lain.


SUMBER:
1. CNN NEWS
2. REUTERS
3. THE SUN
4. THE VOCKET


MAS Pindah Operasi Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Fakta Menarik

Foto Sumber: Kompas.com


INFO PENERBANGAN: Malaysia Airlines (MAS) bakal memindahkan operasinya daripada Terminal 2 ke Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta bermula 9 April 2018.

BERNAMA melaporkan, Pengurus Besar Eksekutif, M Suriawan Wakan, berkata lapangan terbang berkenaan menyokong perpindahan itu dan meminta penumpang untuk memberikan perhatian terhadap maklumat yang dicetak pada tiket ketika hendak berlepas.

"Kepada penumpang, sila pastikan terminal dan pintu untuk berlepas begitu juga maklumat yang dihebahkan di lapangan terbang," katanya.

Menurut agensi berita Antara, syarikat penerbangan yang sudah beroperasi di Terminal 3 adalah Garuda Indonesia, Saudi Arabian Airlines, Vietnam Airlines, Korean Airlines, Xiamen Air, China Airlines, China Southern, Korean Air dan AirAsia.

Foto Sumber: Kompas.com

Terminal 3 Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno Hatta direka bentuk sebagai lapangan terbang transit terbesar di Asia Tenggara.

Lapangan terbang berkenaan mendigitalkan beberapa operasinya seperti tempat meletak kenderaan elektronik, sistem pengurusan orang ramai, Wi-Fi percuma, mesin daftar masuk, papan maklumat digital, e-kiosks dan pintu imigresen berautomasi.

Selain kemudahan itu, Terminal 3 dihubungkan dengan Terminal 2 melalui sky train.

Foto Sumber: Rilitas

Fakta Berkenaan Terminal 3

1. Sempat disebut Terminal 3 Ultimate 

Penggunaan kata 'ultimate' ternyata dikritik banyak orang kerena berasal daripada bahasa Inggeris yang bererti paling akhir atau mutakhir. Hingga akhirnya pada Jun 2016 ketika bandara belum beroperasi, pihak Angkasa Pura II menghapus kata ultimate pada Terminal 3. 

Kata ultimate sendiri dicantumkan karena sebelumnya Terminal 3 merupakan projek pengembangan dari Terminal 3 lama yang digunakan khusus oleh syarikat penerbangan Air Asia. 

2. Keluasannya Mengalahkan Terminal 3 Changi, Singapura 

Terminal 3 memiliki jumlah keluasan luas 422.804 meter persegi. Dengan luas bangunan sekitar 331.101 meter persegi, gedung parkir 85.878 meter persegi, dan bangunan penumpang VVIP 6.124 meter persegi. 

Luas Terminal 3 lebih besar dari Terminal 3 Bandara Changi Singapura, namun masih kalah dengan Terminal 4 Changi yang memiliki luas setara 27 lapangan sepak bola. 

3. Dilengkapi Fasiliti Canggih 

Terminal 3 menggunakan teknologi canggih yang mirip dengan lapangan terbang bertaraf antarabangsa. Misalnya mesin  bagasi automatik atau Baggage Handling System (BHS), mesin check in, mesin pendeteksi bahan peledak iaitu BHS level 5, CCTV yang terdapat di 500-600 titik, WiFi dengan kecepatan 50 MBPS, Fully Intelligence Building Management System (IBMS) iaitu teknologi automatik untuk gedung ramah lingkungan, teknologi pencahayaan sesuai keadaan cuaca, dan rain water system yang menyaring air hujan jadi air bersih. 


4. Ada Banyak Karya Seni 

Layaknya galeri seni, ada banyak lukisan dan seni instlasi yang diletakkan di Terminal 3. Rata-rata adalah karya seniman tempatan Indonesia. Salah satu yang paling sensasi adalah lukisan yang mirip tokoh PKI, DN Aidit. 

5. Syarikat Penerbangan Yang Beroperasi di Terminal 3 

Awal beroperasi, Terminal 3 pertama kali diisi oleh syarikat penerbangan Garuda Indonesia. Setelah itu diikuti oleh syarikat penerbangan lain seperti Saudi Arabian Airlines, Vietnam Airlines , Korea Airlines, dan Xiamen Airlines. 

Foto Sumber: Solopos.com

6. Kepelbagaian Pilihan Restoran 

Ada banyak pilihan restoran di Terminal 3. Seperti Kulinari Food Market, di mana terdapat kedai nasi padang, sup, Baso Afung, kedai kopi Liberica dan Warung Koffie Batavia, Waroeng Kita, Ramen Sanpachi, Warung Tekko, Holycow, Hong Tang, Roti Papabunz, sampai jajan pasar tradisional Bekal dari Ibu. 

Terminal 3 juga dilengkapi mini market, toko elektronik dan toko buku yang khabar gembiranya dekat dengan pintu keberangkatan. 

Foto Sumber: Dream

7. Ada Skytrain Untuk Penghubung Ke Terminal Lain 

Skytrain berfungsi untuk menghubungkan penumpang untuk berpindah dari Terminal 1, 2, dan 3 Bandara Soekarno Hatta. cSkytrain dioperasikan tanpa awak dan mulai beroperasi pada September 2017. 

Foto Sumber: The Jakarta Post



SUMBER: 
1. BERNAMA
2. KOMPAS.COM

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...