Jika Dulu 'Berjam-jam' di Airport Jeddah, Kini Hanya 10 Minit

Foto Sumber: Zawya


INOVASI: Memang memudahkan dan memberikan keselesaan serta perkhidmatan pantas dan berkualiti. Itu sasaran pihak Arab Saudi untuk memperbaiki sistem urusan jemaah haji dan umrah yang berkunjung ke negara itu dalam masa terdekat.

Bagaimana ia dapat dilaksanakan?. Ia dibantu dengan kecanggihan teknologi bagi mempercepatkan dan memudahkan segala urusan di lapangan terbang tanpa jemaah haji dan umrah menunggu masa yang begitu lama hanya urusan di lapangan terbang.

Menurut laporan BERNAMA, pihak berkuasa Arab Saudi memilih menggunakan teknologi pengurusan data pintar untuk memendekkan tempoh menunggu di lapangan terbang.

Satu daripadanya ialah memperkenalkan gelang tangan RFID (identifikasi frekuensi radio) untuk mempercepatkan pemeriksaan identiti semasa ketibaan dan berlepas di lapangan terbang.

Naib Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi Dr Abdulfattah Suliman Masha berkata, pada masa ini, ia mengambil masa berjam-jam untuk melepasi pemeriksaan Imigresen atau Kastam. 

"Dalam masa terdekat, kami berharap ia mengambil masa tidak sampai 10 minit," katanya.

Beliau berkata melalui gelang tangan RFID itu, jemaah haji tidak perlu lagi mengeluarkan pasport di pusat pemeriksaan kerana mereka akan didaftarkan secara automatik apabila melalui pintu elektronik.

Dr Abdulfattah, yang dilantik ke jawatan itu baru-baru ini, berkata teknologi tersebut juga membantu mengenal pasti hotel jemaah dan bas yang sepatutnya mereka naiki dari lapangan terbang itu.

Foto Sumber: Atkins

"Tempoh menunggu yang lama tidak lagi boleh diterima," katanya.

Kemudahan Urusan Pemunggahan dan Pemindahan Bagasi

Rancangan lain ialah untuk memudahkan perkhidmatan pemunggahan dan pemindahan bagasi jemaah ke destinasi mereka tanpa perlu membawa sendiri bagasi dari hotel ke lapangan terbang sebelum berlepas pulang.

"Anda tidak perlu membawa beg dan anda tidak perlu menunggu (bagasi)," katanya dan menambah ia termasuk air zam zam.

Dr Abdulfattah yakin sistem itu akan berjaya dilaksanakan bagi jemaah Malaysia dan memuji pengurusan Tabung Haji yang cekap mengendalikan jemaah negara.

Beliau memberi penarafan 9.5 daripada 10 kepada Tabung Haji kerana kecekapannya mengendalikan jemaah haji Malaysia.

"Mereka sangat teratur. Setiap kali kami mempunyai idea baharu, kami akan terus memaklumkan kepada Tabung Haji untuk dilaksanakan," katanya.

Stuff.co.nz

Projek Perintis Dilaksana Terhadap Jemaah Haji Malaysia

Dr Abdulfattah berkata projek rintis telah berjaya dilaksanakan dengan Tabung Haji tahun lepas dan Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang melaksanakan proses imbasan awal bagi jemaah haji.

Program itu membolehkan jemaah haji menjalani imbasan awal di Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan mereka tidak perlu lagi melalui proses Imigresen Arab Saudi apabila mendarat di Jeddah dan Madinah.

Beliau berkata ini adalah antara inisiatif yang akan dilaksanakan Kementerian Haji dan Umrah dengan kerjasama kementerian lain yang berkaitan di negara ini, sejajar dengan Wawasan 2030 kerajaan Arab Saudi.

Beliau juga berkata kuota haji akan kekal sama pada tahun ini bagi semua negara.

Dr Abdulfattah menjelaskan kuota itu dinaikkan tahun lepas dan pihak berkuasa Arab Saudi tidak mampu untuk naikkan lagi berikutan kemudahan yang terhad di Mina.

"Kami tidak mahu mengambil risiko aspek keselamatan jemaah, melainkan kami telah menyiapkan projek baharu pembinaan bangunan di Mina, saya tidak fikir ia adalah idea yang baik (untuk tingkatkan kuota)," katanya.

Beliau turut mengumumkan rancangan untuk membina bangunan bertingkat menggunakan teknologi hijau di Mina tahun ini, yang akan mengubah landskap bandar khemah di Mina.

Kompleks itu akan dilengkapi dengan kemudahan standard yang tinggi dan setiap satu akan dapat menampung 4,000 jemaah haji.

Penggunaan Teknologi Pintar

Beliau berkata kementeriannya sedang mengkaji kemungkinan menggunakan teknologi pintar dalam usaha menawarkan jemaah pengalaman terbaik mengerjakan haji ke tanah suci.

Dr Abdulfattah berkata kerajaannya menyasarkan untuk menampung 30 juta jemaah umrah setiap tahun menjelang 2030 berbanding tujuh juta sekarang, serta 4.5 juta jemaah haji daripada tiga juta sekarang.

Foto Sumber: Gulf Business

Kereta api berkelajuan tinggi Haramain yang menghubungkan Jeddah, Makkah dan Madinah, meliputi perjalanan sejauh lebih 450 kilometer, dijangka beroperasi tidak lama lagi dan sedang diuji.

"Kami mahu memperbaiki perkhidmatan yang ditawarkan kepada jemaah supaya apabila mereka memulakan perjalanan dari negara asal mereka ke Arab Saudi, sebaik tiba di lapangan terbang dan hotel, mereka akan menikmati standard perkhidmatan yang tinggi," katanya.

Beliau berkata projek pembesaran lapangan terbang di Jeddah berjalan lancar dan projek ketiga pembesaran Masjidil Haram kini di fasa terakhir.

Sebelum pelantikannya, Dr Abdulfattah, 48, adalah Presiden Universiti Jeddah.

Sebelum itu beliau merupakan Naib Presiden Pembangunan di Universiti Raja Abdulaziz selama tiga tahun.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Raja Abdulaziz pada 1989 dan memperoleh Ijazah Sarjana Sains dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dari Universiti Leeds, United Kingdom pada 1999 dalam bidang sains komputer.

SUMBER: BERNAMA

Saudi Air Defense Forces Shoot Down 7 Houthi Missiles

Photo by: THE DRIVE.COM


GLOBAL: Saudi air defenses intercepted seven ballistic missiles fired by Houthi militia in Yemen toward various targets in Saudi Arabia on Sunday night, the Arab Coalition helping Yemen's legitimate government said.

According to ARAB NEWS, three of the missiles were fired toward Riyadh, two toward Jazan, and one each toward Khamis Mushayt and Najran, Saudi state news channel Al Ekhbariya quoted a coalition spokesman as saying.

Missiles were targeted at residential areas and one Egyptian civilian worker was killed and two were injured, said the news channe. It did not mention which place the casualties were based.

Witnesses reported loud explosions and bright flashes in the sky in Riyadh, apparently caused by missile being shot down. No casualties have been reported.

Since November, Yemen’s Iran-aligned Houthi militias have fired multiple missiles into Saudi Arabia, all of which Saudi forces had successfully intercepted without causing any damages to lives or properties.

The Houthis launched a missile at Riyadh on Nov. 4, targeting King Khalid International Airport. Royal Saudi Air Defense forces intercepted the missile and shot it down, and there was no damage. 

A UN Security Council-appointed panel confirmed the missile was manufactured in Iran, along with three other missiles fired from Yemen toward the Kingdom this year.

Saudi Arabia's capital just came under ballistic missile attack, during which Patriot missile interceptors were launched to intercept. Although it looks like at least one Patriot hit one missile, a missile fragment, or even another missile itself, came careened into the ground, resulting in this amazing video:
The trajectory of the projectile as it approaches the ground is a bit puzzling, it almost looks like it is turning while under control, but it could just be the result of the intercept. Then there is this amazing video of the Patriot missile launches, and it looks like one missile either intercepted an incoming missile at very low altitude or detonated shortly after launch either by command or due to a failure.
Photo By: http://www.news.com.au

Video footage of a series of last-minute Patriot launches is streaming out of Riyadh, all showing fast-moving flares leaping into the night sky towards another — more constant — flare of the approaching missile.
Debris — including what appears to be a failed Patriot missile — have fallen on a Riyadh residential suburb. One object, appearing to be a rocket motor, fell on a major freeway.
A Saudi military spokesman has confirmed one person was killed and several injured when part of a missile fell on a house.

REFERENCES:
1. ARAB NEWS
2. http://www.news.com.au

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...