Kentut Kuat Paksa Pesawat Mendarat Cemas!

Photo by: TRANSVIA


DIOLAH OLEH: MOHD EZLI MASHUT

CERITA TRAVEL - PELIK & LUCU: Kita selalu fikir, insiden keganasan dan rampasan pesawat adalah kejadian diluar jangka yang boleh memaksa sesebuah penerbangan membuat pendaratan cemas dan menukar haluan demi keselamatan penerbangan dan pesawat.

Namun lain hal pulanya yang berlaku kepada penerbangan Transavia Airlines HV6902 apabila terpaksa membuat pendaratan cemas akibat insiden tumbuk-menumbuk berlaku dalam penerbangan itu, APA PUNCANYA?

Portal MAIL ONLINE melaporkan pesawat itu mendarat di Vienna selepas dua lelaki bergaduh dengan salah seorang penumpang yang kentut dengan kuat dan enggan menghentikannya walaupun sudah ditegur.

Photo by; MAIL ONLINE

Juruterbang kemudian membuat keputusan untuk mengalihkan pesawat ke lapangan terbang Austria.

Polis menaiki pesawat itu setelah mendarat di Vienna, dan empat orang dilaporkan dibawa keluar dari penerbangan.

Seorang jurucakap polis mengesahkan kejadian itu yang berpunca daripada seorang penumpang yang mempunyai angin dalam badan dan kentut dengan kuat kerana 'tidak cuba menahan dirinya' telah diserang dua lelaki Belanda yang sedang dalam penerbangan.

Polis mengiringi dua lelaki Belanda itu dari pesawat bersama dua wanita, dari Rotterdam.

Salah seorang penumpang wanita, Nora Lachhab, 25 memberitahu De Telegraaf bahawa penyingkiran mereka adalah 'tidak adil'.

"Gila kami termasuk sekali, kami tak tahu siapa lelaki-lelaki ini, kami cuma bernasib malang duduk di barisan yang sama dan kami tak buat apa-apa.

"Kami terpaksa mencari penerbangan dengan syarikat penerbangan lain untuk pulang.

"Apa yang saya dapat katakan adalah krunya benar-benar provokatif dan menimbulkan kekecohan."

Jurucakap syarikat penerbangan itu memberitahu media tempatan bahawa empat penumpang itu diharamkan menggunakan penerbangan tersebut.

Mereka tidak ditangkap kerana tidak melanggar mana-mana undang-undang Austria.

Jurucakap itu menegaskan bahawa wanita itu juga bersalah atas salah laku dan penderaan lisan.

"Kru kami mesti memastikan penerbangan selamat.

"Apabila penumpang menimbulkan risiko, mereka segera campur tangan, petugas kita dilatih untuk itu.

"Mereka tahu batas-batasnya.

"Oleh itu, Transavia berada di belakang kru kabin dan juruterbang."


SUMBER:
1. MAIL ONLINE
2. MSTAR ONLINE

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...