JIBAM: Jika Bukan Kita Siapa Lagi?



OLEH: MOHD EZLI MASHUT

SOKONG FILEM TEMPATAN: Jika bukan kita menyokong industri perfileman tempatan maka siapa lagi? Sokongan perlu diberikan kepada penghasilan filem tempatan bermutu dan berkualiti yang menampilkan tema berbeza dan mempunyai kelainan.

Nasib filem JIBAM yang kurang sokongan dan semakin kurangnya tayangan di pawagan perlu diberikan perhatian peminat filem tempatan.

Filem JIBAM mengisahkan tentang seorang kanak-kanak istimewa iaitu Ashraf atau Jibam yang sedikit lembab akal fikirannya, namun JIBAM mempunyai keistimewaan yang tersembunyi.

Dia mewarisi kepandaian bapanya, Suman untuk mengubati penyakit.  Suman mati terbunuh dalam hutan dan kematiannya sungguh misteri.

JIBAM menampilkan pelakon Muhamad Ariff Abdullah, Bohari Ibrahim, Farah Ahmad, Syafie Naswip, Fadzlan Hazim dan Mia Ahmad mula ditayangkan pada 7 Disember lalu.

Ujang pada status sosial media Facebooknya menulis, sokongan orang ramai memberi sedikit peluang kepada Jibam untuk terus melangkah mengheret tin-tin susunya hingga minggu kedua.

“Alhamdulillah. Terima kasih rakan-rakan artis , rakan-rakan facebook, peminat-peminat Jibam dan anda semua yang bersolidariti untuk Jibam sejak semalam.

“Akhirnya ada sedikit ruang untuk JIBAM terus melangkah mengheret tin-tin susunya hingga ke minggu kedua,” tulisnya.

" Alhamdulillah~Terima kasih rakan-rakan artis ,member-member pesbuk,~peminat-peminat Jibam dan anda semua yang bersolidariti untuk Jibam sejak semalam~ Akhirnya ada sedikit ruang untuk JIBAM terus melangkah mengheret tin-tin susunya hingga ke minggu kedua"

Hanya terdapat 18 buah pawagam yang mengambil keputusan untuk menyambung tayangan filem itu pada minggu kedua.



Pelakon, Ayda Jebat dalam laporan media mengajak orang ramai menyokong filem Jibam dengan menonton naskhah berkenaan di pawagam bagi mengelakkan ia ditarik balik atau dikurangkan tayangannya.

Selain mengajak orang ramai menonton Jibam, Ayda turut menyambut baik impian bintang kanak-kanak filem itu, Mohd Ariff Abdullah atau lebih dikenali sebagai Buntat, yang mahu berlakon dengannya.

Katanya, jika ada rezeki, beliau bersedia untuk berlakon dengan kanak-kanak berkenaan, selain menitipkan pesanan supaya bakat muda itu tabah dalam usaha mengejar impian menjadi anak seni.

Berikut merupakan senarai pawagam-pawagam yang masih menayangkan filem Jibam:

– TGV Bukit Tinggi, Klang

– MM Cineplexes, E-Curve, Damansara

– Premium X Cinema, One City Mall

– MM Cineplexes Bertam, Pulau Pinang

– Jitra Mall, Kedah

– MM Cineplexes Langkawi, Kedah

–  TGV Seremban 2

– MM Cineplexes Bahau, Negeri Sembilan

– MM Cineplexes Mahkota Parade, Melaka

– TGV Tebrau City, Johor

– MM2 Cineplex City Square, Johor

– Superstar Ulu Tiram, Johor

– Perdana Labuan, Sabah

–  TGV Wangsa Walk 

–  TGV KLC

–  TGV Mesra Mall 

– LFS Kuala Terengganu


JIBAM. Antara filem Melayu terbaik. Sarat dengan babak lucu, sedih dan kritikan terhadap layanan masyarakat terhadap kanak kanak Kelainan Upaya . Power!

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...