'Bintang Baru' Muncul, Satu Petanda ?



Pada hari Rabu ( 14 Ogos 2013 - 7 Syawal 1434 Hijrah), dunia astronomi digemparkan dengan penemuan sebuah bintang baru.

Sebuah Nova atau ‘bintang baru’ sedang bersinar di dalam buruj Delphinus. 

Ia ditemui oleh seorang ahli astronomi amatur Jepun, Koichi Itagaki dari Yamagata pada August 14.750 UT.



LOKASI

Ia terletak di dalam buruj Delphinus. 

Location R.A. = 20 23 30.68, Decl.= +20 46 03.7 (J2000 coordinates)



 - Fenomena penemuan bintang baru ini mengingatkan ketika saat lahirnya Nabi Muhammad S.A.W dan Nabi Isa A.S.

Apakah ini satu petanda masanya sudah semakin hampir untuk munculnya 'Pemimpin Baru Dunia' dalam masa terdekat ? Allah Maha Mengetahui.

Melihat kejadian yang berlaku mutakhir ini di Syria, Mesir dan seluruh dunia Islam kemunculan pemimpin hebat dan besar ini amat dinanti-nantikan.


Kejadian saat kelahiran Rasulullah

Muncul di langit satu bintang, namanya adalah Najmu Ahmad (Bintang Ahmad). 

Ini adalah salah satu tanda dalam kitab Taurat. Di Taurat juga disebutkan, ketika Rasululah lahir ke dunia, maka akan muncul bintang di langit. 
Bintang itu dinamakan oleh orang Yahudi sebagai Najmu Ahmad (Bintang Ahmad).

Ketika itu, di Mekah tidak ada orang Yahudi. Orang Yahudi adanya di Madinah dan Syam. 

Mereka melihat munculnya Bintang Ahmad di langit, sehingga mereka semuanya senang dan membawa kabar gembira kepada yang lain bahwa sudah datang nabi yang mereka tunggu-tunggu. 

Kejadian Kelahiran Nabi Isa A.S

Semasa saat lahirnya Nabi Isa A.S turut ditandakan dengan kehadiran bintang baru yang dikenali bintang Bethlehem.


Wallahu Aklam

- Mohon pencerahan alim ulama dan pakar falak...

TERKINI

AirAsia lancar promosi Tempat Duduk PERCUMA* dan jualan hebat ke lebih 130 destinasi

AirAsia melancarkan promosi  dan jualan hebat pertama pada tahun 2024 dengan jutaan tempat duduk ke lebih 130 destinasi. Syarikat itu dalam ...